Monday, May 17, 2010

Selamt Hari Guru

SELAMAT HARI GURU
TEMA: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

--------------------------------------------------
GURU O GURU
(Usman Awang, 1979)

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Tuesday, May 4, 2010

10 Tips Membina Motivasi Diri.

1)Ubah penampilan diri~jika sebelum nie anda jenis yang berpenampilan kurang kemas cuba anda ubah penampilan anda supaya nampak lebih kemas dan sedap mata memandang..

2)Buat sedikit senaman ringan~dengan membuat sikit senaman ringan tubuh anda akan berasa segar dan akan menghilangkan perasaan tak bermaya..

3)Hadiahkan senyuman~apabila anda menghadiahkan senyuman kepada orang lain dengan automatik orang akan membalas senyuman anda dan akan membuat anda berubah mood kepada mood yang lebih baik selepas tue..

4)Berfikiran positif~apabila anda sedang dalam masalah apabila anda berfikir secara positif insyaallah anda akan mudah menemui jalan penyelesaian kepada masalah yang anda alami..

5)Dapatkan rehat yang secukupnya~bila anda mendapat rehat yang secukupnya tubuh badan dan otak anda akan menjadi segar dan akan minda anda akan terbuka kearah kebaikan..

6)Luahkan pada seseorang~jika anda menghadapi sesuatu masalah dan sukar untuk anda selesaikan secara sendiri ada baiknya anda luahkan kepada seseorang yang anda boleh percayai dan sudi mendengar luahan anda..

7)Catitkan diatas kertas~senaraikan atas kertas apa masalah yang anda hadapi ketika tue yang boleh menjatuhkan semangat anda kemudian cari jalan penyelesaian satu persatu dan tandakan masalah yang sudah anda selesaikan..

8)Bersedia mengubah diri~jika sebelum nie anda rasa ada sikap yang tak baik dalam boleh merosakkan perjalanan hidup anda,bersedialah untuk meninggalkan sikap tersebut untuk kemajuan diri…

9)Cari hobi yang baru~tukar hobi anda kepada hobi yang boleh mendatangkan kebaikan daripada hobi yang tak bermanfaat..

10)Bertekad~tegaslah dengan diri sendiri apabila membuat sesuatu keputusan yang baik,berpegang teguh dengan janji yang anda buat dengan diri sendiri untuk terus berusaha kerana dengan kuasa tekad sudah ramai yang berjaya dalam hidup…

TINGKATKAN MOTIVASI DIRI SENDIRI

Motivasi Diri Sendiri

J. Richard Hackman dan Greg R. Oldham mengenalpasti lima faktor yang mempengaruhi produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja. Model ini dikenali sebagai Model Ciri Kerja.

Anda boleh meningkatkan motivasi diri anda sendiri dengan cara-cara berikut:



1. Mempelbagaikan kemahiran

Memperbanyakkan menghadiri latihan dan membaca untuk mempelbagaikan kemahiran. Contohnya, jika anda seorang eksekutif purchasing, anda boleh memahirkan diri anda dengan ISO9001, ISO14001 dan OHSAS18001 supaya dapat melihat kerja daripada dimensi yang berbeza. Anda juga boleh mempelajari tentang tugas orang lain dalam organisasi anda. Ini kerana anda boleh melakukan tugas anda daripada perspektif, kemahiran dan bakat seorang eksekutif operasi atau kualiti misalnya, memberi kesan yang positif kepada tugas anda.



2. Identiti tugas

Melaksanakan sebahagian atau keseluruhan tugas mempengaruhi produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja. Contohnya, anda boleh menawarkan diri anda untuk mengendalikan keseluruhan tugas atau projek jika mampu. Jika tanggungjawab anda hanya meliputi sebahagian daripada tugas, anda boleh memainkan peranan sokongan kepada bahagian-bahagian lain dalam tugas atau projek.



3. Signifikan tugas

Mengetahui sejauh mana tugas memberi kesan kepada hidup atau tugas orang lain mempengaruhi produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja. Contohnya, seorang guru sampai bilapun tidak akan mempunyai produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja apabila niatnya hanya untuk mendapat gaji atau kenaikan melintang. Hasil kerja yang boleh diberikan tidak lebih dari matlamat yang telah ditetapkan. Apabila matlamat bekerja hanya untuk gaji RM2000 sebulan, nilai kerja tidak lebih dari itu. Mereka yang mempunyai matlamat seperti mencapai redha Allah atau untuk membantu anak-anak bangsa (terutama yang yatim) supaya dapat berdikari serta membantu orang lain pula, mempunyai produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja yang sangat tinggi.




4. Autonomi

Kebebasan menggunakan budi bicara sendiri dalam merancang jadual tugas peribadi dan menentukan prosedur untuk melaksanakan tugas mempengaruhi produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja. Tetapi ini sukar dicapai melainkan seseorang itu dapat mempamerkan kebolehan, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi untuk melaksanakan sesuatu tugas. Kebolehan, kemahiran dan pengetahuan boleh diperbaiki dengan menghadiri latihan dan banyak membaca. Seseorang pekerja itu juga dapat memperbaiki kebolehan dan kemahiran bekerja dengan bekerja bersungguh-sungguh dan sentiasa memperbaiki cara kerja.




5. Maklumat balas

Sentiasa dapatkan maklumat balas kepada setiap kerja yang anda lakukan daripada ketua atau rakan sekerja anda. Contohnya, "tolong hubungi saya pada talian 0X-8XXX XXXX sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai hal sekian-sekian."